Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

26 February 2011

Berat badan terlebey dooosss!!erk.

yesss!! berat badan aku semakin meningkat dan terus meningkat . hahhahah. 
(gelak takde perasaan)

Hwaaa!! sangat2 terkejut dengan berat badan terkini ... = ( 
Okeh! ni kes Outing last week, ntah macam mana timbul rasa nak timbang berat badan apabila nampak mesin penimbang dekat the store. Mesin penimbang tuh siap keluar resit lagi ...wuwuw..

Aku pon ape lagi tanpe segan silu dan muka tak malunya...haha(ramai orang kot kt the store time tuh) timbang dengan rasa bangganya...
sebab!! aku Pk dan agak2 sendiri la kan berat badan aku semakin berkurang sebab selalu pergi kelas naik tangga macam batu caves, walaupon kuat makan =P
Tapiii! silap! berat aku makin naikkkkk !! tidakkkkkkkkkkkk!! 
Tak tau da lah macam mana nak control pemakanan aku nih . sememangnya tidak dinafikan nafsu makan tengah kuat sekarang .Kadang2 perut tak rasa lapar pon makan jugak . howww???

Bukan takde langsung perasaan nak diet tuh ... ada! still tengah mencuba yer = ) 
Ramai cakap punca kuat makan sebab stress.bahagia.putus cinta.lagi??
aku dalam kategori mana plak ?! herrher. 

Sedang aku berGoogleWalking cari pasal cara pengurusan berat badan nih =P hahah. terjumpa 1artikel, Cara Rasulullah S.A.W Berdiet. Dan dikatakan nabi tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya? Jom ikut cara nabi diet = ) lebeh afdal. hee

Jangan makan SUSU + DAGING.
Jangan makan DAGING + IKAN.
Jangan makan IKAN + SUSU.
Jangan makan AYAM + SUSU.
Jangan makan IKAN + TELUR.
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD.
Jangan makan SUSU + CUKA.
Jangan makan BUAH + SUSU. CTH : KOKTEL.
Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
Tidur 1Jam selepas makan tengahari.
Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.


Macam pelik je kan. tapi itu lah kenyataannya. sO! selamat mencuba. 




semakin busy.

22 January 2011

Korang yang mana 1 ??

okeh! pernah tak korang dengar org dulu2 cakap setiap anak yang dilahirkan tuh ade kategorinya ...

Anak pertama, kedua, ketiga mahupon ke-20 ... herrher . ade kategorinya taw....

Tapi ... nih semua pandangan org2 tua , org dulu2 dan bertujuan untuk suke suki jep! 

Mostly lah agak sama tapi jangan terlalu mempercayainya okeh  ^^v

Nak tahu korang dalam kategori ape?? Jom ~ check it out  = ) 

Salin dan Tampal jep ...^^v

Tanah - Anak pertama, kelima, kesembilan
Air - Anak kedua, keenam, kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan, keDua Belas

TANAH 
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. 
Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian positif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

AIR
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai
individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. 
Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya.
Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. 
Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan…bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

API 
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

ANGIN
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Oh yep! aku anak sulung so dalam kategori TANAH . Description yg ade pada tanah dikatakan memiliki sifat tidak cerewet .

Ewk. aku rase aku lah org yang paling cerewet sekali ... sampai boleh buad orang BENCI dan MELUAT ^^v

Neway, nak yg terbaik dalam hidop mestilah kena ade sifat cerewet sket kot ~ herrher

Lagi Tidak berpendirian. Eh ! tidak berpendirian kah aku ?? hahah... tepuk dada tanya hati = )

Last but not least ~ nobody is perfect ^^v herrher



Sudah penat menjage hati&perasaan orang . nak jadik KEJAM plak .

11 January 2011

Laman Sosial myfriends2u


Short entry. Iklan sebentar ..... hahha
Ada laman sosial baru lah , myfriends2u !
Malaysian product okeh . 
Bagi aku myfriends2u nih biase2 jep ... lebih kurang macam facebook jugak . 

Tapi ... nak tawu dengan lebih lanjut Register dan explore it sendiri. cool~ herrherr
Bole lah daftar dekat  http://myfriends2u.com
ceh ! promote plak ^^v . 

Dah buad tuh bole lah add me. ngehngeh. 



Dengar2 khabar angein gituu..~ facebook bakal menamatkan riwayat hidop nyer! haha. 
pada 15 March ini. tapi tak tawu lah betol ke tak . sow! pe lagi buad myfriends2u ^^v

Memilih Makanan mengikut Jenis Darah

Tension nyee!! tengok sume orang badan kecik2 ... 
(aha. tak tensen pon sebenanye. sajep cakap tensen^^v)

Tak macam aku . agak debab . nak beli baju pon rase macam agak susah la jugak =.=''

Tapi nape berat badan aku tak turun2 pon .... makin naik lagi ade lah !!!!

Kena diet neh. diet diet! tapi ...  cakap jerkk.. herrheerrr~

Semalam aku search tentang sifat dan jenis darah..tapi jumpe lain, pilih makanan ikut jenis darah plak.

Kalau sifat sifat tuh macam dah biase sangat..sow! aku share makanan ikut jenis darah je la.
Mana la tau boleh dipraktikkan =P
(assgnment berlambak2 tapi benda lain yang aku buad =.='') herrr

Theennn aku pon update lah dekat facebook .. tapi jenis darah O sahaje coz! 
aku darah O ... ngeehh
macam ade request plak bout neh ... so. hupdate di blog je lah yep ^^v


JENIS DARAH
Jenis O : mengambil lebih protin dari sumber haiwan.
focus dalam menangani dan menguruskan perasaan marah.
mengambil bahagian dalam riadah berat; mengawal tabiat melawan.

Jenis A : mengambil makanan dari sumber sayur dan ulam.
menumpukan menguruskan tekanan (stress).
melibatkan riadah ringan bagi menangani stress.
rehat antara tugasan harian bagi mendapat tumpuan kerja/tugas.

Jenis B : pelbagaikan diet; tumpukan kepada minda yang kreatif.
melibatkan dalam meditasi bagi menangani stress; elakkan tindakbalas emosi berlebihan.

Jenis AB: Makan sedikit tetapi lebih kerap.
tumpukan dalam membaikkan kecenderungan spiritual.
riadah ringkas tetapi berulang-ulang dalam sehari bagi mendapatkan tenaga; elakkan berperasaan diasingkan.



Darah paling bagos adalah darah jenis 'O' sebab darah universal . boleh derma dekat sesape saje .. tapi boleh terima darah jenis o sahaje . paham ?

Nama lain bagi darah B adalah babon .. rekaann aku semate2, herrher~
jangan marah bg golongan darah B ^^v



Aku paling takot nak derma darah laa =.=''