30 November 2008

aBOUt k.e.N.t.O.t (BC3Rbcer!!)

pabila kentut berbicara..kentut berbicara? kentut boleh berkata-kata? a.hah. kentut kentut..hari hari kite melepaskan gas beracun. ape? korg tak? haa, jgn nk bOh0ng! . dlm dunia ni xde sape pn yg xkentut tau. cakap pasal kentut ni. korg tau macam mane kentut ni terhasil? mari kita tnya beberapa soalan kepada yg pakar..
ehemehem,

S: Dari mana datangnya gas kentut?

J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut. (ohh,baru aku tahu.aku igt kentut ni saje saje je nk kua.hehe)
S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?
J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar. (wahh!! jgn makan telur rebus ye kwn-kwn.nnt kentut busuk..rela lg kentut byk tp xbusuk.kui2)
S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat. dasatkan? ish3!
S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah. jd, ape kata lepas ni korg kire bape kali korg kentut.mesti bykkn.jgn menipu diri sendiri.dosa..gaga ;))
S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
J: Tidak benar selagi mereka hidup

haa, kan aku da kata. semua org pernah kentut. cume berbeza care korang melepaskan kentut. masing masing ada cara nk lepaskn kentut. ada yg kentut tapi purapura xkentut, ada yg kentut sebab terkejut kene sergah (ada ke??), ada yg kentut dengan kuat, ada yg kentut slow tp bau, pergh~(pengsan kot aku klu bau), ada yg kentut soroksorok sbb taknak org tahu, ada yg kentut tapi dia xsedar yg dia da kentut...mcm mcm..
agak agak korg brada dlm kategori mana? apeape pn nasihat aku.KENTUTLA DENGAN BANGGA. betolla..korg nk malu ape kentut sorok2.kentut bkn satu dosa pon.laenla korg kentut tyme ada air sembahyang.batal..jd, jgn malu-malu..kentut je..xde sape nk marah.pengsan tu mungkin la..cadangan aku, korg sapu bedak banyak2 skit kt punggung korg,nnt kentut bau wangi. *klu xberkesan jgn slhkn aku.haha!


AMARAN: dont farting in my blog yer. busuk~ busuk~ =='

p/s: ape motif aku tibe2 crita pasal kentut?? pikir pikir..