16 September 2010

A to Z be positif

- kedai buku popular.ipoh parade
- Agak tertarik dengan satu buku ni
- tajuk : JADI 'COOL' + POSITIF
- OLeh kerana aku ni seorang yang agak kurang positif. hahah.. 
  asyik nak pk negatif jerk . so aku pon beli lah buku ni ..4information buat diri sendri..
- mak cakap , frstime kamu beli buku macamni .. sebelum ni tak penah nampak pon.whahah. +_+
- nak kongsi dengan koang sume larh :


1 care utk jadi lebih positif  ^_^v
A  [ACCEPT]
:
terimalah diri sebagaimana adanya
B  [BELIEVE]
:
percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup
C  [CARE]
:
ambil berat terhadap orang sekeliling anda agar mereka juga akan membuat perkara yang sama untuk anda
D  [DIRECT]
:
arahkan fikiran pada hal hal positif yang boleh meningkatkan kepercayaan diri
E  [EARN]
:
terimalah penghargaan yang diberi oleh orang lain tanpa perasaan RIAK sebaliknya teruslah  berusaha menjadi yang terbaik

F  [FACE]
:
hadapi masalah dengan berani dan yakin
G  [GO]
:
bergerak menuju kebenaran
H  [HOMEWORK]
:
melakukan homework sebelum memulai sesuatu kerja itu adalah langkah paling penting  untuk pengumpulan informasi

I   [IGNORE]
:
abaikan apa sahaja yang menghalangi jalan anda untuk mencapai tujuan
J   [JEALOUSLY]
:
rasa iri hati akan membuatkan anda tidak menghargai kelebihan diri sendiri, so HINDARI lah

K   [KEEP]
:
terus berusaha walaupun beberapa kali gagal
L   [LEARN]
:
belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya
M  [MIND]
:
jaga urusan sendiri dan tidak menyebar gossip tentang orang lain
N   [NEVER]
:
jangan pernah QUIT dan PUTUS ASA
O  [OBSERVE]
:
amatilah segala hal disekeliling.perhatikan, dengarkan dan belajar dari orang lain
P   [PATIENCE]
:
sabar adalah kekuatan tak ternilai yang membuatkan anda terus berusaha ^^v
Q  [QUESTION]
:
pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu
R   [RESPECT]
:
hargai diri sendiri dan orang lain
S   [SELF CONFIDENCE,SELF ESTEEM, SELF RESPECT]
:
percaya pada diri, mempunyai keyakinan     tinggi dan menghormati diri. tiga elemen tersebut akan membebaskan kita dari saat saat tegang
T   [TAKE]
:
bertanggungjawab pada setiap tindakan yang dilakukan
U  [UNDERSTAND]
:
fahami bahawa hidup itu pasti akan ada naik turunnya
V  [VALUE]
:
menilai diri sendiri dan orang lain, agar kita sentiasa dapat melakukan yang terbaik
W [WORK]
:
bekerja dengan bersungguh2 dan jangan lupa berdoa
X  [X'TRA]
:
usaha yang lebih keras pasti akan membawa hasil
Y  [YOU]
:
anda..... harus percaya bahawa anda dapat membuat suatu yang berbeza
Z  [ZERO]
:
tiada usaha tiada hasil +_+


Bace bace larh dan selamat beramal ( : ngee...