07 October 2011

Semakin Tahun Semakin MUDA Okeyh.

Saat berganti minit, minit berganti jam,hari ni berganti esok, bulan ni berganti bulan hadapan, tahun ni berganti tahunnn hadapan..ngeee... Dimane satu ketika dahulu aku 
seorang bayi kecil dan kini semakin meningkat dewasa ^_^
 Cepat sangat kan masa berlalu.
Okeh! harini 7 Oktober 2011, Jumaat. Genap lah usia aku yang ke 22 tahun. 
Wahh! MUDA lagi nih. aha. 
Syukur Alhamdullillah, Allah masih panjang kan umur aku untuk terus hidup di muka buminya ini sekaligus bagi peluang untuk aku yang agak kurang perfect ni 
lebih banyak lagi membuat amal ibadat padanya... 

Hopefully dalam usia aku yang semakin meningkat nih, 
Allah berikan aku HIDAYAH yang lebih sempurna..
KEKUATAN DIRI untuk hadapi cabaran2 yang mendatang..
Diberikan SESEORANG INSAN yang menyayangi diri aku nih dengan seIKHLASnya...
Serta berfikiran n berperangai LEBIH MATANG lagi ... 
InsyaAllah. aminn...

Neway, tenx pade semua yang wish befday ! tQ

11 August 2011

#3 Spontaneous Thursday



Jangan terlalu berharap dengan sesuatu yang belum pasti 




Spontaneous Thursday??


03 August 2011

#3 Wordless Wednesday - DAIM ♥

 Wordless Wednesday ??


01 August 2011

Salam Ramadhan.

Alhamdullilah tibe jugak bulan yang dinanti2kan umat islam. Ramadhan datang lagi = )
Syukur sangat2 aku masih lagi dikurniakan Allah usia yang panjang untuk 
menjalani ibadah puasa ni = )
Tahun nih jugak last aku berpuasa di poli .. lepas nih tamat suda pengajian ^^
Okeh tak tau ape nak cakap da. minggu niyh aku agak bz dengan assignment 
dan presentation 25% final projek.
Dan aku baru jew selesai menjalani program bakti siswa, anak ankat .. pengalaman yang sangat best sepanjang hidup aku = ) Tak mo story lagi. Next Entry ..ngeww ~ 
Happy Fasting to all = ) 
By. 




28 July 2011

#2 Spontaneous Thursday




Sayang Glerr arh JAM itueewww ^^
Setiap kaliSaatMinitWaktuKetika.haha..!! jam berdetik setiap kali itu kau ada di ingatan =P





Spontaneous Thursday ?

25 July 2011

#1 Jalan cari makan : pizza hut

Aiii ~ sekarang niyh weekend jew mesti nak keluar .. mentang2 lah ptptn da masuk kan ... 
iye iye ! nanti Bila dah sengkek mule lahhh kawww dok diam2 jep terperowkk lah kat bilik tuww... ngaa
adehh!tak cukup tidoq =P


Ceh! kali niyh keluar ke kangar je.. dgn tujuan!!! membeli tiket bas untuk balik raye yew...
yayhhh !! tak saba dah nak raye , pose pon blom start lagi woiii =P 

Korang nak tahu !! sampai je kangar semua serbu kaunter tiket bas owww~full2!! 

Dan! yang paling dukacitanya .. tiket banyak dah habes lorh... lagi2 yang nak ke terengganu ... kesian lah dekat mber aku yg sorang niyh ... Tapi! naseblah dapat jugak .. harge plak makin naik, raye punye pasal. ntah pape lah . cekik darah tol . kitowg nih student pk lah sket ...!! grrr

Nasib lah tiket ke perak ade ! terus balik rumah Opah aku jep di Batu Gajah Perak = )

Okeh lah, da settle beli tiket bus ... takk kan nak balik kowt ... rilex dulu . ahah
Kitowng pergi kangar naik bas dalam kul11, so waktu bas nak balik dalam 4.30 ... Jalan2 lah kejap kat kangar tueeww..Walaupon sudah bosan + puas asyik ke kangar jew kan ... 

Aku pon ape lagi p serang pizza hut larh!! memang dah lama mengidam nak makan pizza weyhhh ... lagi2 tengok org asyik post gamba pizza jew kat fb lagi lah semakin membara2 nafsu makan aku niyh .. lagi pon agak kelamaan jugak lah tak makan pizza =P
Kitowg just order sensasi set ajew ... jimat dan cermat lah kate kan ~ ngeeehh
Set nih sesuai lah untuk makan sorang.. bab2 makanan niyh aku tak leyh kongsi. herrr ^^Y sorang satu lah yekkk = )

Aku pilih Tripple chicken pizza ~ yummy !! memang niyh pevret aku dari dulu~ Tak pandang lain dah, teros order ... ngee
Mber aku si kausar n ecah niyh order ape ntah, 1 tripple chicken 1 lg tuh ape ntah .. lupe daaa~ n dessert ! ice kem ape ntah, aha! sume luper.. makan jew tahu =P dorang cakap sedap .. tp! aku rase cam same jerk ice kem aku beli kat kedai runcit . ahah .. baskin robbin n ice kem mcd lagi hebat lahhh kowttt =P
Dah kenyang menternak lemak kat pizza ~ seterusnya macam biase lah bergamba sakan !! ngehhh... Eh! dorang niyh setiap kali keluar kalau tak bergamba tak sah kaww tahuuu~ walaupon tempat yang same ! huuu.Kenangan dorang cakap ^^ Okeh . layan aje layan ajeee ~ aha
Begitu Teruja dengan bear2 di atas yeww =P
macam tak perna jumpe ! aha

20 July 2011

Nak berkongsi jep ^^

Aku agak tertarik dengan 1artikel nih .. mengenai AURAT PEREMPUAN .... 
Taknak story lebeh2 .. So! aku copy paste jep ...^^
Renung Tenung kan dan Selamat lah Beramal = )

ALASAN KEBIASAAN SI PELAKU DEDAH AURAT

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”


"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. 

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. 

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.





DUNIA NIH PON DAH SEPARUH ABAD ... BILA BILA MASA JEP ?? =_=''